Sadda, mappabati Ada, Ada mappabati Gau, Gau mappabati Tau, Tau sipakatau Mappaddupa Nasaba Engkai Siri’ta nennia Pessee ta, Nassibawai Wawang ati mapaccing, lempu, getteng, warani, reso, amaccangeng, tenricau, maradeka nennia assimellereng Makkatenni Masse ri Panngaderengn na Mappasanre ri elo ullena Alla Taala. artinya: Bunyi mewujudkan kata,...Kata mewujudkan Perbuatan,Perbuatan Mewujudkan Manusia,Manusia Memanusiakan Manusia, Membuktikan di Dunia Realiti kerana Kita Memiliki perasaan malu dan teladan ( pengaruh) disertai dengan Kesucian hati, kejujuran, keteguhan, keberanian, kegigihan dan ketekunan, kecerdasan minda,daya saing yang tinggi, kemerdekaan, Berpegang teguh pada adat dan tradisi serta bertawakal kepada Kekuasaan Allah Yang Maha Kuasa.

Kata Bijak Pak Mario

Rabu, 08 Juni 2011

Nikah



Perkahwinan merupakan anugerah Allah kepada umatnya, Hal ini telah dibincangkan oleh ulamak-ulamak Islam dengan detail sekali di dalam kitab-kitab Fekah yang berjudul bab nikah atau fasal nikah. Nikah bermaksud satu ikatan perkahwinan yang sah diantara lelaki dan perempuan dengan syarat-syarat yang tertentu seperti bakal suami, bakal isteri, wali, 2 orang saksi, ijab dan qabul. Pernikahan ini mestilah berdasarkan kepada tuntutan agama bukan berdasarkan nafsu amarah yang sentiasa menipu dan membinasakan manusia. Perkahwinan yang dilaksanakan kerana agama atau sunnah Nabi Muhammad saw akan memperolehi keberkatan dari Allah, sebab ia menjadikan agama sebagai pedoman ia mencari pasangannya. Hadis yang bermaksud :

“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia”. (HR Bukhari dan Muslim)





Apabila pasangan pengantin telah diijab qabulkan, maka jatuhlah kepadanya satu tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Ini merupakan amanah dari Allah agar suami dan isteri dapat menjalankan kehidupan rumahtangganya sepertimana yang dituntut oleh Islam. Di antara tanggungjawab suami dan isteri ialah :

Tanggungjawab Suami Ke Atas Isteri
Suami berkewajiban memberi nafkah kepada isterinya seperti makanan, minuman, pakaian mahupun tempat tinggal dengan cara yang baik. Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud : “Engkau (suami) harus memberinya makan jika engkau makan dan memberinya pakaian jika engkau berpakaian. Janganlah engkau menempeleng wajahnya, janganlah engkau menghinanya, dan jangan pula membiarkannya kecuali di dalam rumah.” (HR Ahmad, Abu Dawud, Ibn Hibban)
Suami berkewajiban memenuhi keperluan seksual isterinya, walaupun hanya sekali dalam masa empat bulan, yakni jika keadaan tidak mengizinkan. Keadaan ini ditetapkan berdasarkan Firman Allah yang bermaksud : “Kepada orang-orang yang hendak bersumpah untuk menjauhkan dirinya dari isteri-isterinya, bagi mereka ada masa tangguh sampai empat bulan. Kemudian jika mereka kembali kepada isterinya maka sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Baqarah : 226)
Minimum tidur bersama isteri sekali dalam setiap empat hari. Pada masa Umar bin al-Khatthab ketetapan semacam ini pernah dilakukan. Ketetapan Umar ini diambil dari firman Allah yang bermaksud : “Nikahilah wanita-wanita yang kalian senangi dua, tiga, atau empat.” (An-Nisa : 3)
Berbuat adil dalam pembahagian jika suami mempunyai isteri lebih dari seorang. Hadis Rasulullah yang bermaksud : “Siapa saja yang mempunyai dua orang isteri, kemudian dia lebih cenderung kepada salah satunya, maka orang itu pada hari kiamat akan dipapah oleh seseorang kerana jatuh atau tertatih-tatih.” (HR at-Tirmidzi)
Jika isterinya seorang gadis, maka si suami hendaklah tinggal bersamanya selama tujuh hari dari permulaan pernikahannya dan tiga hari (dari tarikh pernikahan) jika isterinya seorang janda. Ini di ambil dari Hadis Rasulullah yang bermaksud : “Bagi gadis tujuh hari, sedangkan bagi janda tiga hari, kemudian barulah ia kembali kepada isterinya yang lama.” (HR Muslim)
Suami disunnahkan memberikan izin kepada isterinya jika ingin melihat saudaranya yang sakit atau menziarahi jika ada yang meninggal dunia.

Tanggungjawab Isteri Ke Atas Suami
Isteri wajib mentaati suaminya dalam hal kebaikan, bukan dalam kemaksiatan kepada Allah. Namun demikian, seorang suami hendaknya tidak memberatkan atau menyusahkan isterinya. Ketentuan semacam ini diambil dari Firman Allah yang bermaksud : “Jika isteri-isteri kalian mentaati kalian maka janganlah kalian mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.” (An-Nisa : 34)
Seorang isteri wajib menjaga harta kekayaan dan rahsia suaminya. Ia juga tidak boleh keluar rumah kecuali atas izin suaminya. Ketentuan ini diambil dari Hadis Rasulullah yang bermaksud : “(Sebaik-baik wanita adalah) yang membahagiakan suaminya jika ia memandangnya, yang sentiasa mentaati suaminya jika ia memerintahnya, dan yang tidak bermaksiat terhadap suaminya atas dirinya dan hartanya dengan sesuatu yang dibenci suaminya” (HR An-Nasa’i)
Berpergian bersama suaminya jika diajak. Sebab, berpergian bersama suami merupakan hak suami yang wajib ditaati oleh isterinya.
Isteri wajib melayani suami jika suami mahu bersamanya. Ini kerana, melayani keperluan seksual suami merupakan kewajipan isteri dan hak bagi suami. Dalam sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud : “Jika seorang suami mengajak isterinya untuk tidur bersama, kemudian isterinya menolaknya, hingga suaminya marah, maka malaikat akan melaknatnya hingga pagi hari.” (Muttafaq ‘alaih)
Seorang isteri wajib meminta izin suaminya jika ia hendak mengerjakan puasa sunat. Hal ini didasarkan pada sabda Rasulullah : “Tidak halal bagi isteri untuk melakukan puasa ketika suaminya menyaksikannya, kecuali berdasarkan izinnya.” (Muttafaq ‘alaih)

Penerangan Ringkas

Apa yang diterangkan di atas hanyalah sebahagian dari hak dan tanggungjawab di antara suami isteri di dalam kehidupan rumah tangga. Jika suami tidak menunaikan hak isterinya, suami tersebut telah melakukan kesalahan. Begitu juga, jika seorang isteri tidak memenuhi hak suaminya ia telah melakukan nusyuz.

Bagi pihak isteri yang diabaikan haknya, boleh menuntut haknya kepada suaminya supaya dipenuhi haknya yang belum ditunaikan oleh suaminya. Kalau hal ini tidak dipenuhi oleh suami juga walaupun diberi nasihat dan teguran, maka isteri boleh melapurkan perkara ini kepada Jabatan Agama Islam negeri di Bahagian Pembanggunan Keluarga Islam untuk mendapatkan nasihat dan tindakan seterusnya kepada suami tersebut.

Ingatan kepada suami pada waktu selepas akad nikah dahulu anda telah melafazkan taklik bahawa jika anda mengabaikan tanggungjawab sebagai suami selama 4 bulan Hijriah dengan sengaja atau paksaan, maka mengadulah isteri kepada mana-mana Hakim Syariah atau Jabatan Agama Islam dan sabit kesalahannya, maka dengan itu jatuhlah talak satu kepada isterinya.

Isteri-isteri yang terabai atau terinaya, tak perlulah takut untuk bertindak kerana ini merupakan hak anda semua, tindakan anda jugak tidak berdosa dan tidak dinamakan sebagai isteri yang derhaka. Mentaati suami hanya atas perkara yang tidak melanggar suruhan Allah atau ketentuan agama sahaja, mana-mana perkara yang melanggar suruhan Allah tidak wajib untuk anda ikutnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Rezky Restu Sakti

Rezky Restu Sakti
Anakku Buana Atikku, Abbonga bongaki ri pangkaukeng madecengnge, aja'na rilaleng makkijae. Attongeng tongekki ridecengnge aja'na ripangkaukeng masalae Engkaki mancaji tau masagena mabbere makkuatopa mattarima, aja' taperrisiwi asagenangetta. Malappa atuongetta, mapaccing atitta Riyissengngi ri esso wennie, riyisseng toi riyasengnge sifa'' adele'e. Tau iyye missengngi pura mannessani Naisseng Tepu madecengngi sininna sewwa''e iyye purae irencana, makkotopa eganna tepu madeceng sewwa'' iyya de'e lairencana. Sininnaro pura natoro madeceng Puang sewwae Sewwa'' iyye purae irencana de'e nasilennereng, makkotopa sewwa'' de'e narirencana silennereng, sabbarakengngi. Jancinna puangnge tania belle'' Iyya tau madecengnge, manyamengngi, amangngi, nenniya salamai ajokkangenna Sewwa'' elo'e ipaddibola riyanu teppeddingngenatarima akkaleng, papole madecengngi nasibawai tongeng''. Sewwa'' de'e nairita pura mannessa engkai poleakki agi'' purae napparentang puang Allah ta'ala riyalena Amalakki amala biasa'' bawang, ko engkaki masagena napaulle Appuasaki iyyana parellue Paccoba, paccallang, sibawa pammase: iyamanennaro pura nataro madeceng puangnge, sarekkuammengngi engka perubahan atuongeng lino. Engka maneng paggangkanna, namoni riyaseng sipuppureng lino Tafegau'i sewwa'' weddingnge rifigau', tafaddiyolo matoi malemma'e ripahang. Iyya makessingnge riyalemu, iyyanaritu sewwa'' weddingnge mujama Aja' to talliwe' liwe' riatuongetta, adelekki riyaleta, ritau laingnge, riperasaatta nenniya pikiratta, adele tokki ripangkauketta. Aja' tasolangi aleta, aja'to tasolangi tau laingnge. Engkaki rilaleng amaikengnge

Lencana photo Facebook

THANKS TELAH MAU COMMENT DI BLOG SAYA